Thursday, 22 December 2016

PENGERTIAN DAN SEJARAH RESAM

Kalimah 'resam' : penulisan .Uthmani adalah sempena nama Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Bentuk dab cara penulisan ayat al Quran berdasarkan penulisan zaman Nabi SAW.

Sejarah pengumpulan meliputi 3 zaman. Pertama zaman Nabi Sawmeminta para sahabat menghafaz dan mencatat Al Quran yang telah dihafaz oleh mereka. Tugas Nabi SAW ketika Al Quran diturunkan adalah melakukan kehendak AlQuran iaitu perintah yang terkandung di dalamnya serta menerang dan menghuraikan isi kandungan Al Quran kepada para sahabat. Para sahabat pula bertanggungjawab menghafal apa yang disampaikan nabi kemudian ditulis pada tulang, pelepah tamar, kulit kayu , batu dan sebagainya. Penulisan dan pengumpulan awal AlQuran adalah berasal daripada himpunan para sahabat dan apa yang telah dihafaz oleh mereka.

Pada zaman Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada pengumpulan Al Quran. Di kisahkan pada zaman pemerintahan baginda berlaku beberapa peperangan yang masyhur antaranya peperangan al Yamamah yang diketuai oleh Musailamah Al Khazab ketua golongan murtad yang dipimpinnya selepas kematian nabi SAW. Musailamah adalah seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat pada zaman tersebut. Ketika berlaku peperangan ini jumlah tentera yang diketuai oleh Musailamah adalah sebahagian darioada tentera Islam. Peperangan itu menyebabkan seramai 70 huffaz syahid. Oleh hal demikian, saidina Umar al Khattab mencetus odea kepada saidina Abu Bakar as siddiq untuk membukukan alquran. pada mulanya ditentang keras oleh au bakar keraa dianggapnya bidaah. Memandangkan para huffaz ramai syahid, Abu Bakar as Siddiq terpaksa menerima cadangan umar al khatab kerana risau alquran hilang dan tidak dapat diwarisi. Baginda mengamanahkan kepada Zaid bin Tsabit untuk mengumpukan alquran dibantu sahabat-sahabat yang lain. Maka terhasillah sebuah mushaf Al quran pertama iaitu pada zaman khalifah Abu Bakar as Siddiq.

Pada zaman ketiga iaitu zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. Proses pengumpulan alquran berkembang dengan lebih pesat disebabkan beberapa faktor utama iaitu berlaku perselisihan bacaan antara sahabat akibat perluasan wilayah islam. Baginda mengamanahkan kepada Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Abdul Rahman bin Harith, Said bin al Ash. pengumpulan al quran dan dimushafkan ini mendatangkan banyak faedah iaitu menyatukan umat islam,bacaan dan tertib surah.

Cara perlaksanaannya:

1. Sahabat salin lembaran utama di rumah Saidatina Habsah r.a iaitu lembaran al Imam setelah Abu Bakar dan Umar wafat.
2. Ambil keputusan dalam mengikut bacaan para huffaz pada zamannya
3. Jika terdapat perbezaan dalam bacaan akan dirujuk dalam dialek Quraisy kerana al quran diturunkan kepada bangsa Quraisy.

Kelebihan resam uthmani:
1. Mudah ingat bentuk bacaan
2. Mengikut sunnah nabi
3. Kedudukan ayat terakhir setiap muka surat adalah teratur
4. Dibaca pelbagai qiraat

Kelemahan resam uthmani:
1.Sukar baca tanpa baris

Syarat sahih sesuatu qiraat:
1. Tepat bahasa arabnya
2. Sahih sanadnya
3. Tepat resam Uthmani

PENGERTIAN

Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan.

Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’ rasm (tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota Basrah, Khufah, Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan Khalifah di Kota Madinah.

Keistimewaan Rasm Uthmani

Terdapat lima kelebihan utama pada Mushaf Rasm Uthmani yang menjadikan ia perlu diutamakan berbanding kaedah penulisan lain, iaitu:
1-Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi oleh penulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini.
2-Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir.
3-Mashaf Rasm Uthmani ditulis berdasarkan kepada riwayat mutawatir.
4-Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran
5-Salah Satu Rukun Bacaan al-Quran


Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

1.Kaedah Meniadakan Huruf (Hazaf).

Hazaf bermaksud membuang atau meniadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah tertentu dari al-Quran. Terdapat lima huruf yang terlibat dalam kaedah ini iaitu huruf alif, wau, ya, lam dan nun yang terdapat pada kalimah tertentu. Hazaf juga berlaku kepada huruf-huruf alif, wau, dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu al-Quran.
Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
1- Hazaf Isyarah- bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tentu.
2- Hazaf Ikhtisor - bermaksud hazaf peringkasan seperti pengguran alif pada struktur kata jama’ Muzakkar Salim dan Jama’ Muannath Salim.
3- Hazaf Iktisor - bermaksud hazaf pembatasan yang bermaksud hazaf alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah lain.


2. Kaedah Menambah Huruf الزيادة )

Ziadah merupakan satu perkara penting yang perlu diketahui dalam penulisan dan pembacaan Rasm Uthmani. Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu dalam al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan ketika membacanya. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif , wau, dan ya.

3. Kaedah Menulis Huruf Hamzah ( الهمزه )

Dalam Mushaf Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukannya iaitu apabila kedudukan hamzah wasal atau hamzah qat’ di awal kalimah atau didahului huruf ziadah, pertengahan kalimah, hujung kalimah, tempat-tempat hukum khas.


4. Kaedah Mengganti Huruf الإبدال )

Ibdal ialah menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani, “ al-Badl” merupakan perkara penting yang perlu diketahui dan diberi perhatian kerana huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali, sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikan itu. Dalam penulisan mashaf-mashafRasm Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.
(b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya.
(c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.
(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah(ة) kepada huruf Ta al-Maftuhah(ت).
(e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.


5. KaedahMenulis Perkataan Berangkai dan Berpisah الوصل والفصل )

Kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu. Di dalam Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah sama yang ditulis dengan cara bersambung pada suatu tempat tetapi ditulis dengan cara terpisah di suatu tempat yang lain.

6. Kaedah Ma Fih Qira’atan (Kalimah yang mempunyai dua wajah bacaan)

Kaedah penulisan kalimah yang tergolong dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis bertepatan dengan cara bacaan kedua-duanya
2. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berpandukan salah satu dari keduanya (wajah yang lebih masyhur)
3. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berbeza-beza antara mushaf berpandukan kepada cara bacaannya masing-masing

1 comment: