Friday, 23 December 2016

باب الاءثبات والحذف مرتبا على السور من البقرة الى الأعراف

BAB 1 .bab isbat dan hazaf dan selain darinya.

- dari surah al-Baqarah sehingga surah Al-A'raf -
(bait 1-bait 12)


باصاد كل صراط والسراط وقل بالحذف مالك يوم الدين مقتصرا (1

Kalimah : الصراط
Semua mushaf ditulis dengan huruf shad (ص )
Contoh : ولديناهم صراطا مستقيما , اهدنا الصراط المستقيم

Kalimah : مالك يوم الدين
Ditulis tanpa huruf alif(أ )
Contoh : مالك يوم الدين

واحذفهما بعد فى ادرأتم ومسا كين هنا ومعا يخدعون جرى (2

Kalimah : فادارأتم
Menghazafkan kedua-dua huruf alif (أ ) :
- Huruf alif pertama dikekalkan
- Huruf alif kedua dan ketiga dihazafkan
- Huruf selepas huruf dal (د ) dan ra’ (ر )
Tetapkan huruf alif yang pertama atau kekalkan huruf alif yang pertama sebagai
huruf peringatan ke atasnya kerana ianya gugur pada lafaz. Hanya menghazafkan
dua huruf alif sahaja. Dan untuk menghazafkan peringatan kedua-duanya untuk tulisan
bukan wajib untuk membaca qiraat dan perawi membaca qiraat masing-masing dengan menetapkan pada tempat hazaf.
contoh : وإذ قلتم نفسا فادارءتم فيها

Kalimah : مساكين
Kebanyakan mushaf meghazafkan huruf alif walaupun dalam surah Al-Maidah
yang disebutkan selepasnya.
Contoh : وذى القربى واليتامى والمساكين وقولوا للناس حسنا

Kalimah : يخادعون الله
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif dari surah Al-Baqarah hingga surah Al-‘Araf
Contoh : وهو خادعهم وإذا قاموا , يخادعون الله والذين ءامنوا وما يخدعون إلا أنفسهم
Abu amru ad-dani berkata dalam bab infaq : ianya ditulis tanpa huruf alif pada surah Al-Baqarah.
Dan menghazafkan huruf alif dalam surah An-Nisa.

وقاتلوهم وأفعال بها ثلاثة قبله تبدو لمن نظرا (3

Kalimah : وقاتلوهم
Ditulis dengan menghazafkan alif af’alul qital
contoh : وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة , اقتلوهم ولا تقاتلوهم عند مسجد الحرام حتىيقاتوكم فيه , فإن قاتلوكم فاقتلوهم
Terdapat tiga bentuk af’alul qital :
· Majzum binnahi
· Mansub
· Pada lafaz madi kesemuanya ditulis tanpa alif



هنا ويبصط مع مصيطر المصيطرون بصاد مبدل سطرا (4


Kalimah :, مصيطر يبصط
Ditulis dengan huruf shad (ص) pada setiap Rasm Uthmani
contoh : والله يقبض ويبصط وإليه ترجعون , أم هم المصيطرون لست عليهم بمصيطر
Selain surah al-baqarah dibaca dengan huruf sin (س)
contoh : الله يبسط الرزق لمن يشآء ويقدر
Ditulis dengan huruf shad (ص) dan bukannya dengan kesemuanya huruf sin
dari segi bahasa kerana pada asalnya semua kalimah adalah dengan huruf sin (س).




وفى الامام اهبطوا به ألف وقل وميكال فيها حذفها الهرا (5


Kalimah : اهبطوا مصرا
Mushaf Imam ditulis dengan huruf alif (أ)
Contoh : اهبطوا مصرا فإن لكم

kalimah : ميكال
Mushaf Imam menghazafkan huruf alif dan ditulis tempatnya dengan huruf ya’ (ي).
· Ketahuilah apabila dikatakan: Imam, Mushaf ‘Uthmani r.a – yang diambilnya untuk dirinya.
· Perawi Abu ‘Ubaidil Qasim bin Salam berkata:
“aku melihat pada Imam dalam Mushaf ‘Uthmani r.a dalam surah Al-Baqarah, ayat 61
dengan huruf alif.
· Dikatakan: dan dengan huruf alif pada semua rasm ‘Uthmaniah.
Dan pada perkataan مكائيل , Abu ‘Ubaid berkata: pada Imam tanpa huruf alif
dan م ى ك ى ل dan dibaca dengan qiraat masing-masing.


ونافع حيث واعدنا خطيئة والصعقة الريح تفدوهم هنا اعتبرا (6


Kalimah : واعدنا, خطيئة, والصعقة, الريح, تفدوهم
Imam Nafi’ menghazafkan huruf alif dalam ayat
Contoh : وأحاطت به خطيئته , أسارى تدفوهم , تصريف الريح , فأخذتكم الصعقة,
وإذ واعدنا موسى أربعين ليلة , وواعدنا موسى ثلاثين


معا دفاع رهان مع مضاعقة وعاهدوا وهنا تشابه اختصرا (7


Kalimah : دفاع
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif
Contoh : ولولا دفع الله الناس

Kalimah : رهان
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif
Contoh : ولم تجدوا كتابا فرهان مقبوضة

Kalimah : عاهدوا
Ditulis dengan mengekalkan huruf alif
Contoh : أو كلما عاهدوا عهدا نبذه فريق منهم

Kalimah : تشابه
Ditulis dengan mengekalkan huruf alif
Contoh : إن البقر تشابه علينا
* Pada surah Al-Imran semua kalimah ini menghazafkan huruf alif


يضاعف الخلف فيه جا وكتا به ونافع فى التحريم ذالك أرى (8

Kalimah : يضاعف
Mempunyai khilaf dalam mushaf
Sesetengah mushaf mengekalkan huruf alif ataupun menghazafnya.
Contoh : , من أوليآء يضاعف لهم العذاب , يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له
والله يضاعف لمن يشآء

Kalimah : كتابه
Imam Nafi’ menghazafkan huruf alif
Contoh : كل ءامن بالله وملئكته وكتبه ورسله , وصدقت بكلمات ربها وكتبه وكانت من القانتين


والحذف فى ياء ابراهيم قيل هنا شام عراق ونعم العراق ما انتشرا (9


Kalimah : ابراهيم
Mushaf Syam, Kufi, Basri menghazafkan huruf ya’(ي) pada setiap surah Al-Baqarah
pada 15 tempat
Mushaf Madani, Maliki, Imam mengekalkan mengekalkan huruf ya’ (ي)
Contoh : ومآ أنزل إلى إبراهيم وإسماعبل


أوصى الإمام مع الشامى والمدنى شام وقالوا بحذف الواو قبل يرى (10

Kalimah : أوصى
Mushaf imam, uthmani, madani, syam ditulis dengan huruf hamzah di antara
dua huruf ya’ ( وأوصى )
Baki mushaf ditulis dengan dua huruf ya’ tanpa huruf hamzah. ( ووصى )

Kalimah : قالوا
Mushaf Syam menghazafkan huruf wau (و)
Baki mushaf mengekalkan huruf wau
Contoh : وقالوا اتخذ الله ولدا سبحانه

يقاتلون الذين الحذف مختلف فيه معا طائرا عن نافع وفرا (11

Kalimah : يقاتلون
sebahagian mushaf ditulis dengan huruf alif dan sebahagiannya menghazafkannya
contoh : ويقتلون الذين يأمرون بالقسط

Kalimah : فيكون طائرا
Perawi Nafi’ menghazafkan huruf alif
surah Al-Imran dan Al-Maidah yang ditulis dengan mashaf Madani. Terdapat dua tempat:
· Kekalkan dengan menghazafkan alif kedua-duanya
· Jadikan huruf alif dhamir dua kalimah.


وقاتلوا وثلاث مع رباع كتا ب الله معه ضعافا عاقدت حصرا (12

Kalimah : وقاتلوا
Imam Nafi’ menghazafkan huruf alif
Contoh : وأوذوا فى سبيلى وقاتلوا

Kalimah : ثلاث , رباع
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif
Contoh : من النساء مثنى وثلاث ورباع

Kalimah كتاب
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif
Contoh : كتاب الله عليكم

Kalimah : ضعافا
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif
Contoh : ذروة ضعافا

Kalimah : عاقدت
Ditulis dengan menghazafkan huruf alif
Contoh : والذين عاقدت أيمانكم

No comments:

Post a Comment